Negeri Terengganu bukan sahaja kaya dengan hasil laut malah ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap dengan pelbagai tempat menarik. Bukan setakat itu, negeri ini juga turut kaya dengan warisan tradisional yang dijaga dengan baik sekali, memang sesuai untuk dilawati kerana terdapat banyak tempat percutian di Terengganu yang unik.
★# Tasik Kenyir - 45km drpd orked chalet
Tasik kenyir juga menjadi pilihan pelancong bila mereka bercuti ke Terengganu, Tasik Kenyir merupakan tempat percutian di Terengganu yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.
★# Pantai Batu Buruk - 1000km drpd orked chalet
Terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini sangat terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak. Kalau anda teringin nak makan ikan celup tepung, keropok, sate ikan dan bermacam lagi, datanglah ke Pantai Batu Buruk.
No comments:
Post a Comment